Pages

November 24, 2012

holiday post 6: random story (sambungan)

assalamualaikum and hai ^^

baca sini dulu yew----> SINI LAH

sejak sumi2 dapat tahu kawan dan jirannye couple, dia dah tak ceria macam biasa bila dia hang out dengan marie. bukan jeles ke apa cuma dia banyak memikirkan tentang ketidakjujuran marie. dia asyik fikir kenapa marie tak bagitahu dia. sekarang, dia tak banyak bercakap bila bersama-sama dengan marie. biasanya, huih bukan main lagi mulut dia bekerja. nafas tak tak cukup pun pot pet pot pet lagi. memang dasyatlah kebolehan mulut sumi2 ni. tapi lately mulut dia macam dah kene shut down. marie perasan lah perubahan kawan kesayangan dia ni. dia pun tanya.

marie: sumi2, awak kenapa ? lately kita tengok awak macam ada masalah je ? cerita lah~ i boleh je dengar masalah u *mata kelip-kelip*

sumi2: hmm.. marie~ kita nak tanya awak something boleh ?

marie: (nampak muka sumi2 serious, dia pun baru nak serious) hmm.. tanyalah. kita jawab mana yang boleh.

sumi2: mmm.. awak ada rahsiakan apa-apa tak dari kita?

marie: (dia dah tahu ke? macam mana dia boleh tahu ni)

sumi2: marie ? awak dengar tak kita tanya ?

marie: awak dah tahu eh pasal kita dengan dia?

sumi2: edward? tahu dah. kenapa awak tak bagitahu kita? lama-lama kita tahu jugak sebab edward tu kan jiran kita. kita sepatutnya orang pertama yang tahu tau.

marie: eh!? kejap kejap. edward tu jiran awak ke? oh. awak tahu ni daripada dia lah.

sumi2: mestilah ! dia kan jiran kita..

marie: laaah. benda ni ke yang buat awak jadi lain macam ? hehehe. kita sorry eh. lain kali klau ada apa-apa, guarantee awak  orang pertama yang kita bagitahu. 

sumi2: heeee~ okey ! kemaafan diberi !

marie: yeay! sebab tu kita sayang awak !

sumi2: tapikan, macam mana awak boleh contact dengan si edward ni ? kita serious tak syak apa-apa. awak macam xde pape je 

begitulah macam mana segala misteri yang bermain dalam otak sumi2 diselesaikan. bak kata inspector james, MYSTERY IS SOLVED ! siapa inspector james? aku pun tak tahu. ahak-ahak.

back to the story...
marie ceritalah semua benda yang sebenarnya jadi. rupa-rupanya, marie ni dah lame dah usya edward ni. memang marie ada bagitahu dekat sumi2 yang dia dah tercrush dekat edward tapi sumi2 tak ambil serious lah mase tu sebab biasanya, kalau dyorg suke2 je bila sebut pasal crush ni. macam mana edward ni boleh sedar 'kewujudan' marie ni ?

peristiwa tersebut berlaku ketika awal pagi di sekolah. ketika itu, kelas edward sedang bermain bola kerana ketika itu waktu pendidikan jasmani. kebetulan pula ketika itu marie lalu di tepi padang seorang diri on the way nak ke toilet.. tiba-tiba dia ternampak edward ni sedang bermain bola, ape lagi.. dia mula lah bukak langkah berani+tak tahu malu. dia menjerit EDWAAAAARD ! lalu melarikan diri ke tandas untuk menyembunyikan rasa malu. walaubagaimanapun, kawan-kawan edward nampak dan kenal gerangan suara tersebut.

keadaan di padang

edward: perempuan mana panggil aku pun? x nampak pun orangnye
kawan1: alaah. suara tu tak payah tengok muka pun dah kenal siapa. tu mesti marie.
edward: marie mana? aku tak pernah kenal pun.
kawan2: kau dah kenapa? budak kelas pertama tu. aish kau ni. dia suka kau ke? kau contact dengan dia ke? fuyyooooo! dasyat ah kau
edward: aku kenal dia pun tidak. =.=' dia ok tak ? cun ?
kawan1: haih. hot stuff tu.. melepak gila kot! pandai plak tu. dia kawan dengan sumi2 yang comel tu. kenal tak?
edward: sumi2!? dia jiran aku je. mana tak kenalnye! kejap eh. aku nak gi follow marie. dia mesti nak pergi tandas punya tu. aku tunggu dia kt kantin ah. nanti mesti dia lalu masa nak balik kelas. kau ikut aku jum. aku tak kenal muka dia.
kawan1: baik bos ! ^^

keadaan di toilet

marie: ya allah... ape aku dah buat tadi? aish. malu gilaa! macam mana lah boleh menjerit tiba-tiba. aduhh. mulut aku ni memang belacan laah! haih. tapi dia tak nampak kot muka aku.
  
marie keluar tandas dan menuju ke kelas. dia ternampak edward yang tadinya berada di kantin tiba-tiba  berlari menuju ke arah dia. secara automatik, kaki marie terus bergerak sendiri, berlari selaju lajunya. haih. 

"kenapa aku lari? buat tak tahu je. dia kan tak nampak muka aku tadi. tapi kenapa dia kejar aku? hmm.. berhenti jelah." dia berhenti. pusing belakang. edward yang dari tadi memfollow dia secara rapat dengan speed yang tinggi, tak sempat brek lalu DAAAANG ! masing2 diaugerahkan benjol sorang satu di dahi.

"aduhh!" jerit edward..

masing-masing minta maaf dan berdiri. pandangan mereka bertemu. keadaan menjadi awkward gilaa disitu. masing2 tak tahu nak cakap apa. edward yang femes kononnya disebabkan sifat kejantanannye pun tersipu-sipu malu. huih. runtuh ego =.='

bersambung....

assalamualaikum ^^


November 23, 2012

holiday post 5: tiring day

assalamualaikum

hai.. hari ni sememangnye hari yang memenatkan. my mom, my lil bro and i went to the low yat plaza. the place with gadgets and stuff tu kan. fiuh~ penat tau jalan-jalan naik atas turun bawah. cube bayangkan berapa juta tingkat kat situ. dah la tinggi, belum kira underground lagi. lepas tu, gi mana-mana pun, kedai makanan takde! kedai gadget je keliling =.=' ye kami tau sebenarnya kami yang x tau nak cari kat mana. ehehe. tapi sememangnye lapar.

tapi seronok ! ape yang seronok? setiap kali kitorang belek satu gadget, kitorang tinggalkan jejak kt situ. ehem. kami tumpang amek gambar kenangan. haha. ye kami tau kami tak tau malu. k ngantuk ^^ tidur dulu.

assalamualaikum. lepas ni, gi low yat, korang check gallery gadget yg korg belek ye?

haha. tau gambo ni kelakar :D

November 22, 2012

Holiday Post 4: random story

Assalamualaikum

ada dua orang bestfriend. pergi mana-mana asyik berkepit aje. yang sorang ni, nama marie yang orang lagi ni nama dia sumi2. hidup dyorang ni simple je. walaupun dyorg dah remaja, tapi dyorg tak layan lelaki. single is simple lah tu kononnye. bukannye x laku. due2 ni laku je. ramai je yang mintak nak rapat tapi dengan coolnye, budak berdua ni reject semua. kira jual mahal lah.

bila dah namanye perempuan, memang tak lepas lah dari keje2 gossip and ngumpat ni. haish. pot pet pot pet. ade je cerita baru yang diorang gossipkan hari-hari. benci orang tu, menyampah dengan orang ni. tapi ape yang orang tak tahu pasal mereka berdua ni, mereka ni selalu usya budak lelaki. masing-masing ade lah crush masing-masing cuma diorang ni tak serious pun lah. saje mengada-ngada gedik-gedik sikit. ape salahnya. gedik-gedik pun dengan kawan je bukan dengan orang lain pun.

satu hari tu, tak tahu lah godaan syaiton yang melampau ke ataupun marie sorang ni dah semakin menggatai, tiba-tiba je si sumi2 ni dapat tahu si marie ni dah berboypreng. yang si sumi2 ni tekezut sangatnye sebab yang si boypreng ni, jiran sumi2 ni haa. terkezut opocot lah die kat situ. yang peliknye, tak pernah pulak si marie ni cerite die ade contact2 si boypren ni. maybe si marie takut terkantoi lah sebab boiprennye berjiran je sumi2. tapi, yang jd persoalan kt otak sumi2 ni, marie tahu ke edward(boipren) ni jiran aku?

dah nama pun berjiran, si sumi2 ni of cos le rapat dengan edward ni. calling2 tu normal la but masih kawan biasalah. tak special punye relationship pun. so, ape yang terjadi kt sini ialah...

-marie kapel dengan edward tanpa bagitahu sumi2
-sumi2 tahu mereka berdua kapel sebab edward yang bagitahu. edward xtau pulak yang sumi2 tak tahu sebab sumi2 dengan marie kan kawan baik.
-marie tak tahu yang edward ni jiran sumi2
-marie tak tahu yang sumi2 memang dah lama rapat dengan edward
-edward and sumi2 takut nak bagitahu marie yang mereka ni berjiran and dah lama rapat sebab nanti marie salah paham and mungkin menjejaskan hubungan antara mereka bertiga. macam awkwaaard gitu~


malam pun dah berganti siang. (ewah ayat aku) kita rehat sebentar ye~ next post nanti aku sambung lagi dalam masa terdekat ni. esok maybe ? k bye. sayonara and assalamualaikum ^.^

November 19, 2012

Holiday Post 3: layan animekah aku ?

assalamualaikum and good night :)

sejak cuti ni, kehidupan seharian aku pun dah ter...disorder sikit. yelah.. korang pun tau kan. bila cuti dah tibe ni, maka menyerlah lah kelemahan masing-masing macam mana nak isi masa lapang kerana sesungguhnya kita telah dianugerahkan waktu lapang dalam jumlah yang maksimum. oleh itu, marilah kita bersama-sama mengongsi apa yang patut diisi dalam masa lapang kita dalam cuti kali ini.sekian saja mukadimah pada malam ini.
eceh. amacam ? ada gaya penceramah motivasi tak ? zzzz... =.='

so, masa baru mula cuti hari tu, aku dah mula x tau nak buat apa. aku pun tanya lah kawan aku sorang ni.

Kau buat ape ek masa cuti ? Aku dah tak tau dah nak buat apa 

=.=' pfft.. belum apa-apa lagi aku dah lost 0.0 so, dia pikir punya pikir puya pikir... dia pun tanya balik

Kau layan bleach tak ? Aku tak tau lah perempuan layan ke tak cite ni. Aku kenal sorang je perempuan yang layan cite ni. Kakak aku je. haha.

haha. aku pun macam "why not?" kaan. so, aku terus try layan bleach lepas tu. lepas aku tengok beberapa episode, aku terpikir..

part mana cite ni yang tak best ? kenapa budak perempuan tak layan ? aku luar biasa kah ? 
*terbayang aku dalam suit superwoman*

tengah aku mengelamun layan fikiran aku tibe2 entah dari mana entah, adik aku dah ada kt sebelah aku sambil jerit

fuyyoo ! kak ngah layan bleach ke ?! waah ! kak ngah ni memang berjiwa lelaki lah.. 
*tepuk belakang aku*

aku hanya mampu ternganga kebingungan kat situ. lepas tu adik aku blah macam tu je. aku pun macam.. "ape salahnye?"
so, kepada wanita2 yang tengah baca ni, kalau korang ade masa lapang, korang try lah tgk bleach ni. sekejap je 1 episode. 30 minit je. then korang bagitau aku, aku yang sememangnya berjiwa lelaki ke adik aku yang overreacting. hee~ terima kasih ^.^ do comment and assalamualaikum

mekacehh daun keladi, lain kali mai la sini lagi