Pages

December 09, 2012

mind your manners peeps

assalamualaikum and hye olls ^^ dina here !

 for the past few days, maksom a.k.a si kecik dengan her brother and her sister came over to my place.. for a few days of....err... sleep over maybe ? maksom ni, punya laa kuat membebel.. tak padan dengan kecik.haih penat le aku melayan dia. dia buat aku macam kuli u olls ! haha. the word 'kuli' tu mcm over sangat. k, xde lah mcm kuli.. tp aku rasa mcm.. kene buli.. yes.. thats the right word..

adakah aku terlalu straight dan lurus bendul dan *ehem* comel sampai aku mudah kene buli dengan budak kecik? :'(

first day

aku layan lah si maksom ni baik-baik. macam adik aku sendiri. dia nak main laptop, aku bagi. dia nak makan, aku bagi. dia nk gula, aku bagi. dia nak milo, aku buat. dia tanya soalan bodoh, aku jawab.

tapi, masuk second day, aku dah mula bengang dah. aku pujuk diri aku, "sabar, sikit je lagi. tak lama pun dia kat sini. sabar~" tengah aku bisik kat diri aku tu, tiba2 dia datang.

dia kata "nak koko krunch." dengan penuh selambe

"amboi arahan kau. bila pulak kau bos aku." dalam hati je lah. memang terbakar dah hati masa tu. aku baru je nak redakan hati aku, dia dah bakar balik. haih. btw, lupa nak mention awal-awal tadi. dia punya cara mintak tu, memang pesen mengarah sejak awal lagi. itu yang mencabo kesabaran tu.

dah la perkataan 'tolong' takde, apetah lagi 'please'. 'terima kasih' memang haram la ken. memang tebako le jiwo rago den ni haa~ dah tu, bagi arahan pulak tu! ape salahnye tanya, 'nak koko krunch, boleh?'

haa~ xde lah eden rase mcm nak kunci dia dalam stor. haha. k gurau.

tapi aku cube la ikhlas2 kan diri buat ape yang dia SURUH tu. kalau tak ikhlas ape paedah nyew en. ingat ye kawan2, ikhlaskan diri walaupun tak ikhlas. pesanan daripada saya yang comel *uhuk*

back to the storyyyy ! *semangat lebeh*

masa pagi-pagi tu, aku boleh tahan le lagi. sampai petang tu, hati aku rasa nak meletop dah. mengaaaraaaah je keje die ! penat aku. macam lah aku sorang tuan rumah kat situ. adik beradik aku ada 4. aku saje yang die cari.. dah la terima kasih pun takde!

mase hati aku dah nak meletup tu, aku tekad
"aih. budak ni nak kene ajar beradab ni. kang melarat sampai beso, aku yang naya. tapi tak boleh kasar sangat. dia still budak-budak. tapi xleh baik sangat, nanti kepala kene pijak. next time, dia mengarah lagi, pasrah je lah ape yg keluar kt mulut. biar mulut aku luah ape yg ade kt hati. aku xnak stop dah."

*mase ni aku tengah main laptop*


baru je aku cakap sorang-sorang, dia mai.. memang right on time lah.

"nak milo!"

"ish. pergi lah suruh orang lain pulak."

"abg irsyad (adik aku) tgh main komputer!"

"abis tu, kak dina tgh main komputer, boleh pulak suruh?!"

"alaaah! amek je lah milo!"

"ah. suroh org lain. dari tadi kak dina je kene. ingat awak tu bos kak dina ke? macam la kak dina je yang boleh suroh kat sini! dah la mengarah org je keje. tak reti mintak elok2 ke......"

dia potong ayat aku, "tak!"

"kalau tak reti nak mintak elok-elok, x payah mintak. gi amik sendiri."
*pakai headfon, pasang kuat2, buat tak dengar*

aku tak tau ape jadi lepas tu. aku tak layan dia. aku tak bercakap dengan dia. tak lama lepas tu,aku tengah menghadap cermin kat dalam bilik, dia pun masuk.

dia: haaaaa kak dina, mak ngah (mak aku) suruh amikkan milo *muka annoying*

aku: (ya allah, masa aku main laptop tadi, kau suruh la org lain !) mintak elok2 dulu. tak reti mintak elok2 kan? mintak mcm ni "kak dina, tolong amek kan milo boleh?"

dia: err.. tak nak !

mak aku jerit "dina! amekkan milo untuk maksom!"

*sakit hati* *tarik nafas dalam* (sabo dina, sabo.)

 aku: ok! (dengan nada ceria yang dibuat2)

kita kene ckp elok2 dengan orang tua kita. sebab ape? simple... sebab mereka orang tua kita..

aku pandang budak tu balik dengan mata yang dah bertakung air mata..

aku: *bisik* sekali ni je kak dina buat sebab makngah yang suruh! lain kali jangan harap nak mintak kak dina ape-ape.


aku pun buat la milo untuk dia. senang je sebenarnye nak buat milo ni tapi sebab dia punya manners tu TAKDE! benda yang senang pun jadi berat nak buat.

sepanjang hari tu, aku tak bercakap dengan dia lansung. dia je bercakap dengan aku. aku pandang dia pun tak nak. hati aku serious tgh berdarah, terbakar, meletup, lebur.. sebut je, semua ada.

tapi esoknya, aku bangun pagi je, mood aku ok.. sebab dia tido lg. bila dia dah bangun, haih berdarah mata pandang dia. terus malas nak pandang dah. aku tengok je tv. konon fokus la. padahal aku perasan yang dia duk pandang2 aku dari tadi. aku dah rimas, aku terus gi dapur. die kejar aku.. kenapa lah budak ni ikut aku =.='

"kak dina"

*aku pandang dia*

"nak milo"

*aku terus jalan ke tv sbb malas nak layan* (no manners!)

"kak dina, tolong buatkan milo"

walaupun still dalam bentuk arahan, aku still g buat. at least ada progress. tp aku x pandang pun dia.

*aku hulur milo*, dia senonong je pusing nak gi tgk tv. hati aku nak terbako lg sekali dah. aku jerit, "terima kasih mana!?"

dia jerit, "terima kasih!"

ye aku tau. terima kasih dia tu nampak sangat tak ikhlas. hati aku rasa mcm nak kutuk2 dia tp mulut aku automatik tersenyum. bukan senyum biasa tau. aku try xnak senyum tp aku xleh tahan. first time benda ni jadi kt aku n sejak tu aku sedar betapa hebatnya perkataan "terima kasih",,

betapa magicnya "thank you" so, mind your manners peeps! assalamualaikum

3 comments:

  1. hahaha,, sweet. honestly, i read from the starting to the ending. best sangat,, moga mak som membesar mmjadi girl yang pnuh manners,, amiin. muja juga :D

    ReplyDelete
  2. insyaallah.. terima kasih muja sebab sudi baca ^^ insyaallah kita semua jadi org yang berbudi :D

    ReplyDelete