Pages

November 30, 2013

Diam

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ~

'Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam'

     wow. cuti kali ni, memang agak men'sentap'kan (exam bm dah habis. iyekan aje lah. kekeke). nampak ayat dekat atas tu? haha sentap tak? ke aku sorang je yg sentap? haha. basicly, ayat tu nak sampaikan kalau apa yang kau nak kata tu benda x elok, benda jahat, benda yg mnyakitkan hati orang, baik kau diam je.  bila di'reflect'kan balik, pernah ke aku fikir sebelum aku cakap? Haha! tak pernah. kalau aku fikir dulu pun, baik ke jahat ke, aku 'sembur' je.

     suke2 hati aku je nk ckp apa. lepas tu, balik rumah baru nk menyesal. esoknya buat lagi, pastu menyesal lagi. dan begitulah seterusnya. seronokkan hidup aku? cakap sedap mulut je. gossip, mengumpat dh jd bnda biasa. MENYESAL

     bila aku tanya, WHAT IF AKU JADI PENDIAM?.. kata nya, kalau kau pendiam, kau bukan kau dah la. kau jd org lain. What i still wanna be myself cuma dah di'upgrade'? aku akan masih aku walau apapun. cuma aku berubah. sikit. xpekan?

     kadang-kadang aku jeles tengok orang lain boleh berubah tanpa hiraukan perspektif orang lain. cukup mereka tahu tindakan mereka betul, they just do it. aku? penakut. terlalu risaukan kata-kata orang. pandangan orang. dina, kalau kau asyik fikir ape org lain fikir pasal kau, ape pun x jadi nnti. even Rasulullah SAW pun dicaci walaupun baginda manusia paling mulia. apetah lg kita yg banyak kelemahan ni. Kutuk-mengutuk memang dah jadi lumrah manusia. kita susah nak puaskan hati semua pihak. pasti ada pihak yang ber'cakap'. so, JUST DO IT

assalamualaikum~

Wanita Terbaik

assalamualaikum~

'wanita terbaik adalah wanita yang tidak dipandang dan memandang'

phrase ni aku terbaca lepas habis spm hari tu. aku selalu berharap holiday kali ni aku x sia-siakan macam holiday sebelum2 ni. i guess Allah heard my wish. dia takdirkan aku terbaca quote ni dalam banyak2 ayat dalam web yang aku bukak. i dont know why but this phrase somehow buat aku berfikir. sama macam candidates SPM yg lain, aku pun bercadang kononnya nak rehatkan otak dalam sehari dua. kononnya lah. tp lepas jumpa phrase tu, beribu persoalan aku fikirkan.

Mampu lagi ke aku nak jadi 'wanita terbaik'? tahun 2013 ni, aku selalu dipandang. aku selalu memandang. boleh lagi ke? dgn mulut yg x reti nk bersara. potpetpotpet sepanjang masa. setiap kali aku bercakap, ada je hati yang terluka. wanita terbaik? layak lagi ke?

Selagi hayat dikandung badan, selagi ada kemahuan, selagi ada niat, insyaallah Allah permudahkan niat yang baik. itulah jawapan yang aku dapat fikirkan. Kawan-kawan selalu pesan, 'nak berubah jangan drastik sangat. nanti menyesal. yang penting istiqamah.' hurm.. aku rasa aku dah tahu dari mana nak mula modify diri aku ni. wish me luck :)

p/s: lama x post hehe rindu
p/s: spm dah habis kekeke
p/s: dah rindu sekolah dah.. ehem i mean kawan2. haha
p/s: mood muhasabah diri cuti ni

assalamualaikum :)