Pages

October 11, 2015

Re-read (Sabar)

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ~

huih. sebenarya munculnya post ni adalah sebab aku terkejut. aku bukak blog ni this morning. checked the overview. to my surprise, semalam reader aku 100+. that is totally creepy because i did not post anything since the past 2 months (kot?). lebih weird ialah sebab hari sebelumnya i have 0 reader. the thing is, even most of my closest friends dont even know or expect me to have a blog. plus, i tell no one (dua tiga orang ade lah).

apa-apa pun, thank you kepada sesiapa yang membaca. lebih bagus kalau u could tell me what is the event yesterday that 100+ of you read my posts. it is a very good news to me but yea, the creepiness is still there. ahaks. thanks :)

okey. habis dah intro.
now, my real story.

Alhamdulillah tadi aku berkesempatan baca balik post-post lama dekat blog ni. terbaca post "mind your manners peeps". i can see betapa rendahnya tahap kesabaran aku dulu. dengan budak kecik pun nak bergaduh. itu pun boleh mengganggu keikhlasan. haih.

Ingat x kisah nabi kita? Baginda berdakwah menyeru manusia menyembah Allah SWT sampai dibaling batu, dibaling najis sehingga darah baginda bertakung dalam kasut baginda. Kenapa baginda diam? kenapa baginda x marah? sebab tiada kuasa ke?

TIDAK sama sekali! baginda telah di'offer' oleh malaikat, "kalau kau izinkan, ya Muhammad, nescaya aku akan hempap mereka dengan gunung". Nabi kata apa? Nabi kata, "Jangan... sesungguhnya mereka tidak tahu."

Subhanallah. Allahumma solli 'ala saidina Muhammad.

Nabi kita sangat tinggi kesabarannya walaupun dikutuk hari-hari, dibaling batu, dibaling najis, berdarah-darah tubuh baginda, baginda tetap meneruskan dakwah. MasyaAllah.

Kalau kita, nak tegur kawan minum duduk, nak tegur kawan labuhkan tudung, nak ajak kawan solat pun hesitate. sebab apa? Nanti kene label alim, nanti kene tinggal kawan, rasa diri x perfect lagi  untuk berdakwah. Ni satu lagi hal. tapi xpe, itu lain kali. sekarang kita fokus dekat kesabaran nabi dulu.

haa! tu lah kisahnya. kesabaran nabi. tinggi tahapnya. bukan setakat sabar, husnudzon lagi. tapi xpe, husnudzon pun lain kali.

Nabi pun manusia. Kita pun manusia. Kita disunatkan seboleh-bolehnya ikut segala aspek dalam diri Nabi. Nak cakap pasal kesabaran Nabi Muhammad ni, banyaaaak sangat. Aku bukannya pandai sangat dalam sirah Nabi ni. tapi setakat ilmu yang aku tahu ni pun dah boleh buat aku jatuh cinta dengan Rasulullah. tapi biasa lah. selalu lalai. huhu sedih dengan diri sendiri. Semoga kecintaan kita kepada Allah dengan Baginda sentiasa meningkat. terapkan dalam diri, ingatkan sesama sendiri, kita kan umat nabi :) be proud.

Peringatan untuk aku jugak :)

Ada sorang sobat sahabat pernah cakap dkt aku,

Selalunya, makin kita kenal ajnabi, makin menyampah. Tapi makin kita kenal nabi makin sayang.

No comments:

Post a Comment