Pages

May 08, 2016

Perangai tetap sama je

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ~


"Acah je kau nak ajak aku. Kau pergi ceramah tu ceramah ni perangai kau mcam tu jugak. Galak tetap galak. Tu yang aku malas tu."

Sebab tu lah aku pergi. Kau nampak tak? Kalau aku pergi ceramah sana sini pun, perangai aku tetap sama. Tapi aku mengharapkan hati aku bergetar. Tak keras. Boleh menerima. Aku harap balik tu otak aku berfikir. Yes, after every ceramah or majlis ilmu, akan buat aku berfikir. Reflect balik diri sendiri.

Tapi aku mintak maaf, aku x mampu nak ubah cara aku hidup selama 20 tahun dalam sekelip mata. Sorry aku tak dapat nak amalkan value drpd ceramah tu sekelip mata. Aku ubah sikit-sikit. Mungkin sebab kau tak kenal aku sangat, kau cakap perangai aku sama je. Tapi yang hidup dengan aku, perhati aku, tahu perangai aku berubah2 ikut turun naik iman aku.

Betul. Iman aku rapuh. Dia naik turun. Kau sendiri cakap perangai aku sama je walaupun dengar ceramah sana sini. So, kau boleh bayang tak betapa teruknya aku boleh jadi sehari-hari kalau aku x pergi majlis ilmu.

Aku bukan apa. Sebab dia benda baik. Benda best majlis ilmu ni. Tapi masalahnya, aku x reti nak sampaikan dekat kau sama macam apa yang majlis ilmu tu bagi dekat aku. So, aku nak kau rasa jugak macam mana bestnya pergi majlis ilmu. Sebab sayang.

Tapi kalau kau nak tengok aku berubah jadi sebaik malaikat dulu, aku takut dah terlambat nanti. Lagipun, majlis ilmu kan taman syurga. Kalau tido dalam majlis ilmu pun dapat pahala. Kau pergi je, nak sambil buat assignment pun ape.

Cuba je. Tak rugi.


May 06, 2016

"Underrated verse"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ~

Iman adalah mutiaraDi dalam hati manusiaYang meyakini AllahMaha Esa, Maha Kuasa
Tanpamu iman bagaimanalahMerasa diri hamba padaNyaTanpamu iman bagaimanalahMenjadi hamba Allah yang bertaqwa
Iman tak dapat diwarisiDari seorang ayah yang bertaqwaIa tak dapat dijual-beliIa tiada di tepian pantai
Walau apapun caranya juaEngkau mendaki gunung yang tinggiEngkau berentas lautan apiNamun tak dapat jua dimilikiJika tidak kembali pada Allah
Jika tidak kembali pada Allah.

Pergh lagu "Iman mutiara" by Raihan. Jauh sangat throwback ni. Haha. I'm pretty sure that this song is quite famous but if ada siapa-siapa yang tak pernah dengar, boleh je terus bukak dekat youtube. Best best.

Kalau aku tanya sorang-sorang apa mesej lagu ni, dah boleh expect dah kot jawapan majoriti.

"Nasyid ni nak sampaikan yang iman ni tak dapat turun temurun. Walaupun ayah dia imam masjid besar, bangun malam hari-hari, Al-Quran terpahat di hati, belum tentu anak dia macam tu jugak."

Ye benar kawan-kawan, benar. Segala yang awak cakap tu benar. Memang tiada yang benar melainkan yang benar sahaja. Mesej ni daripada rangkap ke-3 kan? Yezzah. Tapi ada satu rangkap yang aku rasa boleh label as "underrated verse". Rangkap mana? Rangkap 4. Yang ni:

Walau apapun caranya juaEngkau mendaki gunung yang tinggiEngkau berentas lautan apiNamun tak dapat jua dimilikiJika tidak kembali pada Allah

Kadang-kadang bila kita buat dosa, pastu rasa macam berlambak-lambak sangat dosa kita, takut kan? Takut Allah dah tak terima taubat kita, rasa macam diri tak layak dimaafkan, rasa macam diri perlu dihukum, dan macam-macam lagi dalam fikiran kita. Padahal Allah sebut banyak dalam Al-Quran,

Al-Baqarah 2:37 - Kisah Allah SWT terima taubat Nabi Adam selepas dicampak ke dunia.
Al-Baqarah 2:54 - Kisah Nabi Musa menyeru umatnya bertaubat daripada menyembah patung anak lembu
Al-Baqarah 2:160 - Allah menerima taubat

Banyak kalau nak listkan. Ni beberapa daripada Surah Al-Baqarah. Allah memang nak kita bertaubat, jadi apa yang menghalang kita daripada bertaubat? Kenapa risau Allah tak ampunkan sedangkan Allah Maha Pengampun. Allah memang ciptakan manusia untuk buat silap. And by 'silap' it also includes segala dosa-dosa besar keji yang kita pernah buat yang kalau dikumpulkan boleh buat lagi satu planet tu. In short, do you think Allah did not expect your wrongdoings? Even before kita buat segala dosa tu, Allah Maha Mengetahui.

Dah convinced dah ke untuk bertaubat? Ada lagi satu ayat yang sangat pendek, tapi powerful. Never fails to convince me. And maybe you too. Ayat ni:

"Sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan (jiwa)nya." 
As-Syams 91:9

Allah tak kata "sesungguhnya beruntung orang yang suci". Allah kata 'orang yang menyucikan jiwa'. You see, xde orang yang suci dalam dunia. Yang ada hanyalah pendosa-pendosa tegar yang Allah sentiasa menantikan taubatnya. If you feel that you are suci, there's something wrong somewhere in your heart. Don't ever say, "aku dosa banyak sangat sampai tak terampun. biarlah aku merana dalam neraka nanti". Watch what you say, bukak balik tafsir baca balik description neraka. Belambak. Kalau rasa mampu, cuba letak jari dekat api stove tu 30 saat. Mampu? Yes, cliche tapi cubalah kalau memang dah pasrah redha masuk neraka. Hello, pintu taubat tu masih terbuka luas okey. Matahari belum terbit sebelah barat and your nyawa is not yet at your kerongkong pun kan? Rather than bawak diri ke neraka, ambil peluang masa ni untuk bertaubat.

Alamak tersasar lupa nak kait dengan rangkap tadi. Nak ceritanya, iman tu, kalau kita nak, tak perlu la kita cari sampai perlu rentas lautan api, hukum diri sendiri, cari sampai hujung dunia. Kita cuma perlu apa? Yes, kembali pada Allah. Taubat. Istighfar.

Wahai Tuhan ku Tak Layak Ke Syurga Mu
Namun Tak Pula aku Sanggup Ke Neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilaahi lastu lilfirdausi ahlan
walaa aqwaa ‘alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil ‘adziimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku oh tuhan ku

Wahai tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepada mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Kamilah hamba yang mengharap belas dari Mu


"Doa Taubat" by Raihan. Again. 

That's all for now. Cuma last catatan sikit untuk semua dan diri sendiri. Kalau satu hari tu, kita rasa "Wah alhamdulillah takde buat dosa hari ni." Istighfar banyak-banyak. Check balik satu-satu. Takut maksiat yang kita buat dah tak rasa macam maksiat. Minta Allah ingatkan balik dosa-dosa yang kita buat. Even Rasulullah SAW beristighfar banyak kali sehari (sorry I can't remember the bilangan), apatah lagi kita ni yang bukan maksum.

And lagi satu, "Sesuatu yang kecil di mata kita mungkin besar di sisi Allah and sesuatu yang besar di mata kita, mungkin kecil di mata Allah."
Contoh yang mudah, sedekah. 

Seseorang yang sedekah 50sen, kita pandang kecil. Tetapi mungkin thats everything he had with him. Mungkin keikhlasan dia tinggi harap dapat membantu orang lain, sedekah dia tinggi nilainya di sisi Allah. While seseorang yang sedekah beribu-ribu tapi lebih kepada mengharapkan orang pandang, mungkin rendah nilainya di sisi Allah.

Begitu juga dengan dosa. Dosa yang kita buat kadang-kadang nampak kecik, kita tak tahu mungkin dosa itu yang tarik kita ke neraka. Nauzubillah.

Panjang sangat tapi semoga bermanfaat. Peringatan buat diri terutamanya dan buat semua. Jika ada yang tersilap, minta maaf. Ada yang perlu ditegur, minta tolong tegur. Wallahualam. Assalamualaikum :)